arena

Quartararo buru hatrik

Oleh AFP

FABIO Quartararo mensasarkan kemenangan ketiga berturut-turut MotoGP di Brno, hujung minggu ini ketika penyandang juara, Marc Marquez terpaksa menjadi penonton selepas menjalani pembedahan kedua kerana patah tangan.

Quartararo, 21, pelumba dari Perancis yang mewakili Yamaha, berada di kedudukan teratas ranking MotoGP dengan 50 mata daripada dua perlumbaan, tidak pernah menjejakkan kaki ke podium di Brno.

Namun kemenangan berturut-turut di Jerez pada Julai menjadi dia pelumba yang perlu diberi perhatian di litar 5.4 kilometer yang juga bandar kedua dekat Republik Czech.

"Brno adalah litar yang saya gemari. Kami tahu sejak tahun lalu kami mampu memecut di sana dan kami mempunyai prestasi, sekalipun ia bukan tempat terbaik untuk motosikal kami," kata Quartararo.

"Terdapat banyak laluan selekoh yang baik membuatkan litar lebih menarik tetapi selekoh terakhir adalah yang terbaik.

"Anda harus menempuhi banyak selekoh dengan kelajuan tetapi perlu bersedia untuk memperoleh kedudukan terbaik pada laluan lurus.

Tambahnya : "Hebat apabila pergi ke sana selepas mencatat dua kemenangan dan kami melihat peluang berada di podium hujung minggu ini. Jangkaan kami sangat tinggi dan saya tidak sabar menantikannya!"

Quartararo mendahului ranking dengan 10 mata mengatasi pasukan pengeluaran Yamaha, Maverick Vinales dari Sepanyol.

Pelumba Itali yang mewakili Ducati, Andrea Dovizioso yang memenangi perlumbaan di Brno pada 2018 dan tahun lalu di tempat kedua berada di tangga ketiga.

Perlumbaan dilangsungkan tanpa penonton berikutan kebimbangan penularan Covid-19 yang menjejaskan kelancaran kalendar MotoGP tahun ini dengan hanya 13 acara disahkan pada musim ini dan semua acara di luar Eropah terpaksa dibatalkan.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 1:13pm
d