arena

Xavi kena denda

Oleh AFP

PERSATUAN bolasepak Qatar (QFA) mendenda bekas bintang Barcelona, Xavi Hernandez dan beberapa pemain serta staf sebanyak $2, 700 (RM11, 308) selepas melanggar peraturan Covid-19.

Xavi, yang juga ketua jurulatih kelab Qatar, Al-Sadd, mendedahkan hujung Julai lalu bahawa beliau pernah dijangkiti virus berkenaan tapi sehari selepas itu beliau berkata dia kembali ke rumah dan mula bekerja.

Hukuman berkenaan, juga termasuk dengan amaran rasmi daripada liga, ini kerana tidak mematuji protokol yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan termasuk tidak melakukan kuarantin di rumah.

Pemain Al-Sadd, Hammam al-Amin dan Abdul Karim Hassan juga akan dikenakan denda sebanyak $2,700 dan amaran daripada Jawatankuasa Disiplin QFA, sama seperti beberapa pemain lain dan staf daripada pasukan lain di negara berkenaan.

Disiarkan pada: August 6, 2020 @ 11:48pm
d