arena

Austria benar kehadiran peminat untuk musim depan

Oleh AFP

LIGA Bolasepak Austria mengumumkan peminat mungkin dibenarkan ke stadium apabila saingan sepak mula bagi Bundesliga musim depan kembali pertengahan September ini, dengan had sehingga 10,000 peminat dan tidak termasuk penyokong pasukan lawan.

Seperti di Bulgaria, yang membenarkan penonton hadir apabila bermula musim baharu pada Jumaat, dengan sasaran mereka hanya memenuhi separuh daripada kapasiti stadium terbabit.

Negara Balkan melarang kehadiran peminat bulan lalu berikutan kebimbangan penularan jangkitan baharu bagi Covid-19, selepas ramai penonton melanggar arahan penjarakan sosial ketika aksi final Piala Bulgaria pada 1 Julai lalu.

Di Austria, penganjur menetapkan hanya 10,000 penonton termasuk anggota keselamatan dan pihak terbabit berada di stadium.

Dan kelab tidak akan memberi ruang kepada peminat pasukan pelawat, kata ketua Bundesliga, Christian Ebenbauer.

Tindakan itu adalah sasaran untuk menetapkan had penonton dan mereka yang melakukan perjalanan sebagai mana peminat masih boleh membeli tiket mereka secara individu.

"Bola sepak memberikan kesan emosi, tidak hanya di padang tetapi juga di kalangan penonton. Ia bukan keputusan mudah buat kelab, untuk membenarkan sebanyak mungkin kehadiran peminat adalah agak mustahil dan meneruskannya tanpa penyokong pasukan lawan ketika kekangan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Musim Bundesliga Austria dijadualkan bermula pada 11 September ini.

Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 8:07am
d