arena

Mewahnya Woods miliki jet peribadi RM262.3j

Oleh Agensi

SENSASI golf dunia, Tiger Woods memiliki salah satu jet peribadi terbaik di dunia yang cukup mewah.

Bintang Amerika Syarikat (AS) itu dilaporkan membayar sekitar £48 juta (RM262.3 juta) untuk membeli jet model Gulfstream F550 yang mempunyai spesifikasi lebih canggih berbanding jet perbadi yang lain.

Bukan itu sahaja, atlet yang berusia 44 tahun itu juga menjadikan jet peribadinya cukup eksklusif dan mewah.

Ia dilengkapi dengan bilik tidur, bilik air khas dan meja makan mewah untuknya menjamu selera bersama teman wanitanya ketika ini, Erica Herman.

Menariknya berbanding jet peribadi yang lain, ia mampu memuatkan seramai 18 penumpang pada satu-satu masa.

Jet itu juga boleh berfungsi sebagai pejabat dengan dilengkapi satelit dan sambungan internet.

Woods sering menggunakan jet itu untuk menyertai satu-satu kejohanan dan pulang semula ke kediaman mewahnya yang bernilai £41 juta (RM224.1 juta) di Jupiter, Florida.

Disiarkan pada: August 9, 2020 @ 12:54pm
d