arena

Verstappen tamatkan penguasaan Mercedes

Oleh AFP

MAX Verstappen menghadiahkan kemenangan sulung Red Bull di Silverstone sejak 2012 apabila berjaya mempamerkan strategi mantap untuk mengalahkan kedua-dua pelumba Mercedes dan merangkul kejuaraan Grand Prix (GP) Ulang Tahun ke-70.

Ia juga adalah kemenangan pertama pelumba dari Belanda itu musim ini selepas Merdes meraih keempat-empat perlumbaan awal dan ia juga kejayaan kesembilan dalam kariernya.

"Saya rasa kami sudah melakukan segala-galanya dengan sempurna. Terima kasih," kata Verstappen.

Antara stretegi Verstappen adalah dengan menggunakan tayar lebih keras berbanding Mercedes memilih untuk mencuba tayar medium dan jelas kelihatan kedua-dua pelumba itu bergelut di dalam perlumbaan.

Verstappen muncul juara dengan kelebihan 11.326 saat, untuk mengetepikan pendahulu keseluruhan dan juara dunia enam kali, Lewis Hamilton, manakala seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas di tempat ketiga.

Disiarkan pada: August 9, 2020 @ 11:22pm
d