arena

Tsimikas sertai Liverpool

Oleh AFP

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) menandatangani pertahanan Greece, Kostas Tsimikas dari Olympiakos dengan nilai yang dilaporkan sebanyak £11.7 juta (RM64.31 juta).

Tsimikas setuju dengan lima tahun kontrak bersama Liverpool dan dijangka bakal menjadi pilihan kedua di belakang Andy Robertson di bahagian pertahanan kiri.

Bos The Reds, Jurgen Klopp menukar untuk memilih pemain berusia 24 tahun itu selepas tidak menuruti permintaan harga yang diletakkan Norwich bagi pertahanan kiri mereka dari Ireland Utara, Jamal Lewis.

Tsimikas adalah pemain pertama di bawah masuk Liverpool selepas saingan musim ini berakhir.

"Saya sangat gembira, rasa bangga dapat berada di sini. Bagi saya ini adalah antara kelab besar di dalam dunia.

"Saya sangat menyukai saingan liga di sini. Saya menyaksikannya di televisyen dan ia sentiasa menjadi impian sejak kanak-kanak untuk bermain di sini.

"Saya mahu mencapai sasaran. Memenangi saingan liga sekali lagi dan juga menjuarai Liga Juara-Juara," katanya dalam laman web rasmi kelab.

Tsimikas, tiga kali pernah beraksi bersama Greece, melakukan 86 penampilan dengan Olympiakos dalam semua kejohanan dan pernah dipinjamkan ke kelab Denmark, Esbjerg dan Belanda, Williem II.

Dia beraksi 27 kali dalam saingan liga musim lalu, memenangi kejuaraan utama pertama dalam karier selepas Olympiakos juara liga.

"Sudah lama kami menyaksikan Kostas beraksi dan kami sangat gembira dia menyertai kami. Ia adalah berita menarik sebelum kami kembali bersama-sama pada masa akan datang," kata Klopp

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 10:31am
d