arena

Neymar sedia julang PSG

Oleh AFP

PARIS Saint-Germain (PSG) sekali lagi berdepan kesukaran apabila ramai pemainnya cedera menjelang saingan suku akhir Liga Juara-Juara namun kali ini namun Neymar dilihat sudah cergas dan bersedia memperlihatkan statusnya sebagai bintang termahal dunia.

PSG akan berdepan Atalanta di Lisbon awal pagi Khamis ini bagi saingan suku akhir selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menukar saingan elit Eropah itu seperti Piala Dunia berikutan Covid-19.

Tiada penonton akan membanjiri Stadium Da Luz namun juara Perancis itu sudah menyesuaikan diri dengan saingan tanpa penonton apabila menewaskan Borussia Dortmund pada kelompok 16 akhir Mac lalu.

Pada perlawanan itu Neymar meledak gol pembukaan ketika menang 2-0 sekali gus menukar keputusan aksi pusingan pertama.

Selepas perlawanan berkenaan, pemain Brazil itu naik ke tempat duduk paling atas Parc des Princes dan menangis kegembiraan.

Tambahan pula dua musim pertamanya di Paris selepas berpindah dari Barcelona dibayangi kecederaan.

Ia bermula dengan kecederaan patah tulang metatarsal yang menyebabkan dia tidak boleh bermain pada kelompok 16 akhir, perlawanan kedua menentang Real Madrid pada 2018 ketika PSG disingkirkan juara bertahan itu.

Selepas itu sejarah kembali berulang setahun kemudian apabila kecederaan metatarsal sekali lagi menyebabkan dia terlepas kekalahan di tangan Manchester United, dengan melepaskan kelebihan 2-0 pada perlawanan pertama.

Sejak itu banyak diperkatakan mengenai Neymar akan pulang semula ke pangkuan Barcelona namun ia tidak berlaku fasa perpindahan diganggu dengan penularan wabak Covid-19.

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 4:29pm
d