arena

Kebangkitan luar biasa PSG

Oleh AFP

PARIS Saint-Germain (PSG) melakukan kebangkitan luar biasa pada saat akhir untuk menumpaskan Atalanta 2-1 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara di Lisbon dengan pemain gantian Eric Choupo-Moting menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan.

Atalanta berada di ambang terbaik untuk meneruskan kecemerlangan mara ke separuh akhir saingan Eropah itu apabila mendahului perlawanan melalui Mario Pasalic pada minit ke-27 di Stadium Da Luz.

Bagaimanapun, PSG diselamatkan dengan jaringan penyaman Marquihos pada minit akhir perlawanan dan mereka tidak perlu mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila hantaran Kylian Mbappe berjaya menemui pemain gantian, Choupo-Moting untuk meledak gol kemenangan.

PSG akan berdepan sama ada RB Leipzig atau Atletico Madrid dalam aksi separuh akhir.

Disiarkan pada: August 13, 2020 @ 7:50am
d