arena

Ronaldo sertai Barcelona?

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan mendapat tawaran menyertai Barcelona untuk bergandingan bersama seteru utama anugerah Ballon d'Or, Lionel Messi.

Di sebalik melakar rekod jaringan dan sekali lagi memenangi kejuaraan Serie A, musim yang dilalui bintang Juventus itu sememangnya agak mengecewakan.

Selain tewas pada saingan Suppercoppa Italiana dan final Coppa Italia, Juventus juga sudah tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Lyon di pusingan kedua.

Penyingkiran dari saingan berprestij Eropah itu menyaksikan Maurizio Sarri kehilangan jawatan ketua jurulatih manakala media tempatan melaporkan Ronaldo juga sedang mempertimbangkan mengenai masa depannya.

Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan mendapat tawaran menyertai Paris Saint-Germain sekali gus bergandingan bersama Neymar.

Bagaimanapun pengkiritik bola sepak Sepanyol, Guillem Balague mendakwa kembali ke La Liga bersama Barcelona adalah satu lagi pilihan terbaik Ronaldo.

Dia memberitahu BBC Radio Live: "Sebab utama mengapa Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan PSG bukanlah sebab kelab itu mahukannya. Ini kerana Jorge Mendes sudah diarahkan Ronaldo untuk mencari kelab baru.

"Kami dapat melihatnya sejak enam bulan lalu apabila dia dikaitkan dengan Real Madrid.

"Mereka (Real) menafikannya dengan menyatakan tiada peluang untu Ronaldo kembali semula.

"Dan terdapat khabar angin dia akan menyertai MLS kerana Juventus mahu mengurangkan kos pembayaran gaji.

"Dia menerima tawaran daripada banyak pasukan termasuk Barcelona."

Disiarkan pada: August 13, 2020 @ 9:36pm
d