arena

Leipzig mara ke separuh akhir

Oleh AFP

RB Leipzig, yang baru saja ditubuhkan pada 2009, mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas mengalahkan Atletico Madrid 2-1.

Kelab dari Jerman itu akan berdepan Paris Saint-Germain dalam mencari slot ke perlawanan akhir.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Tyler Adams menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 selepas sepakan penalti Joao Felix berjaya memadamkan gol pendahuluan Leipzig yang disumbangkan Dani Olmo.

Disiarkan pada: August 14, 2020 @ 7:49am
d