arena

Serena unggul walaupun sudah bergelar ibu

Oleh AFP

SERENA Williams berjaya bangkit untuk mengalahkan kakaknya, Venus Williams 3-6, 6-3, 6-4 awal pagi tadi pada aksi pusingan kedua membabitkan juara Grand Slam itu di Terbuka Top Seed WTA.

Serena yang juga pemain pilihan utama dan juara Grand Slam sebanyak 23 kali berkata, kemenangan itu meningkatkan keyakinannya menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas dia berjaya mempertingkatkan rekod pertemuan 19-12 selepas 22 tahun bersaing dengan Venus.

"Saya mahukan kemenangan ini untuk meningkat permainan dan keyakinan saya. Saya secara jujurnya bukan datang ke sini bukan untuk meraih gelaran tapi untuk mendapat rentak selepas tidak mempunyai masa untuk semua ini sejak melahirkan anak," katanya yang hanya meraih kejuaraan ketika menjadi ibu pada Januari lalu di Auckland.

Dia yang menduduki ranking ke sembilan dunia hanya kurang satu lagi kejuaraan untuk menyamai rekod pemenang Grand Slam terbanyak sepanjang zaman, Margaret Court yang mengumpul 24 trofi.

Serena juga sedang mempersiapkan diri untuk merangkul kejuaraan Terbuka AS buat kali ketujuh dalam kariernya.

Dia berjaya melakukan pukulan forehand untuk mematahkan servis Venus sekali gus mendahului 2-1 di set ketiga, kemudiannya tumpas dalam empat permainan, sebelum kembali menamatkan servis kakaknya sebelum kedua-dua terikat 4-4.

Serena berjaya melakukan pukulan kilas mematikan servis Venus untuk mendahului 5-4 dan berjaya mencatat ace ke-14 dan memenangi perlawanan dalam tempoh dua jam 19 minit.

"Dalam beberapa permainan terakhir saya hanya mahukan kemenangan selepas tumpas dalam ketika dalam keadaan genting. Saya hanya cuba fokus pada dua permainan terakhir," kata Serena.

Disiarkan pada: August 14, 2020 @ 12:44pm
d