arena

Bale 'duduk saja' pun kaya

Oleh Agensi

BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan jika Gareth Bale enggan meninggalkan Real Madrid.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah lama duduk di bangku simpanan di bawah kendalian Zinedine Zidane yang jelas tidak mahu bersemuka dengan bintang Wales itu.

Kini Bale dilihat mahu menghabiskan tempoh kontrak dua tahun bernilai £60 juta (RM330.2 juta) selepas Los Blancos enggan melepaskannya.

Walaupun tidak diturunkan dalam lapan perlawanan terakhir, Bale masih boleh mengukir senyum dengan kemewahan dimilikinya.

Dia masih mampu tinggal di sebuah rumah mewah bernilai £6.5 juta (RM35.7 juta), mempunyai koleksi kereta Ferrari, Mercedes dan Audi selain lapangan golf berhampiran dengan kediamannya.

Bale tinggal di kediaman eksklusif di La Finca atau lebih mudah digelar kawasan orang kaya di Madrid.

Namun malangnya dia berjiran dengan bosnya, Zidane, rakan sepasukan iaitu Sergio Ramos dan Karim Benzema dan malah Ronaldo pernah tinggal di situ.

Dikatakan memperolehi gaji £600,000 (RM3.3 juta) seminggu sebelum cukai, Bale cukup mudah membeli koleksi kereta mewah.

Antara kereta paling mahal di miliknya adalah Ferrari GTC4Lusso bernilai £230,000 (RM1.2 juta).

Disiarkan pada: August 14, 2020 @ 9:51pm
d