arena

Setien serah nasib kepada Barca

Oleh AFP

JURULATIH Barcelona yang berdepan ancaman, Quique Setien tidak memberikan bayangan dia mungkin meletak jawatan serta merta selepas kekalahan memalukan 8-2 dalam saingan Liga Juara-Juara ke atas Bayern Munich, ketika Presiden Kelab itu Josep Maria Bartomeu berjanji akan "mengambil tindakan" dalam beberapa hari lagi.

"Ia masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai apa saja atau tidak meneruskannya," kata Setien.

"Ia tidak berlaku kepada saya. Mereka perlu mempertimbangkan secara menyeluruh, menjadikan situasi ini sebagai pengajaran dan yang paling penting mengenal pasti kelemahan dalam kekalahan menyakitkan ini."

Setien sebelum ini sudahpun berada dalam tekanan kuat, selepas dilantik menggantikan Ernesto Valverde pada Januari lalu.

Barcelona dimalukan dalam pemburuan kejuaraan di Sepanyol apabila menamatkan saingan La Liga di tangga kedua di belakang Real Madrid.

Harapan untuk menebus kekecewaan di peringkat domestik apabila bersaing dalam lapan terakhir di Lisbon turut tidak kesampaian apabila gagal mengatasi persembahan hebat Bayern di Estadio da Luz.

Bercakap di stesen televisyen Sepanyol, Movistar Plus, Bartomeu memberitahu : "Sekarang bukan masanya membuat keputusan, ini adalah masa meminta maaf kepada rakan-rakan, peminat Barcelona, kerana ia bukan hari yang baik buat mereka."

"Kami kecewa, tapi apabila minggu depan kami akan mula mengambil keputusan."

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 8:40am
d