arena

Cheptegei cipta rekod baharu dunia 5,000m

Oleh AFP

ATLET Uganda, Joshua Cheptegei mencipta rekod baharu dunia dalam acara larian 5,000 meter (m) pada pembukaan musim kejohanan Monaco Diamond League awal pagi ini.

Juara Dunia acara 10,000m itu mencatat 12 minit 35.36saat di Stade Louis II untuk mengatasi catat terbaik atlet Utopia, Kenenisa Bekele 12:37.35 yang dilakukan pada 2004.

"Saya sudah berusaha meningkatkan kelajuan saya," kata Cheptegei sambil tersenyum apabila ditanya mengenai apa yang dilakukannya sejak memenangi pingat emas di Doha pada September lalu.

Pelari Uganda itu mengatasi cabaran sengit dua pelari Kenya, Nicholas Kipkorir Kimeli dan Jacob Krop di Stade Louis II yang menghadkan kehadiran 5,000 penonton kerana pandemik Covid-19.

Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 9:38am
d