arena

Dovizioso ungguli GP Austria

Oleh AFP

ANDREA Dovizioso memenangi Grand Prix (GP) Austria untuk Ducati 24 jam selepas dia mengumumkan akan meninggalkan pasukan Itali itu pada hujung musim ini.

Pelumba Sepanyol, Joan Mir yang beraksi bersama Suzuki menafikan kemenangan satu dua Ducati apabila meraih podium kedua selepas memotong Jack Miller di selekoh terakhir.

Perlumbaan dibayangi dengan insiden kemalangan membabitkan pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan pelumba Perancis, Johann Zarco.

Jentera Morbidelli dilihat melambung dan hampir-hampir menghentam pelumba veteran, Valentino Rossi.

Morbidelli dibawa menggunakan pengusung tetapi kemudian dilihat mampu berjalan ketika menuju ke ambulans.

Disiarkan pada: August 16, 2020 @ 10:27pm
d