arena

Mesyuarat tentu nasib Setien di Barcelona

Oleh AFP

PEGAWAI tertinggi Barcelona akan mengadakan mesyuarat tergempar majlis hari ini selepas kekalahan memalukan 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, kata sumber kelab dengan jurulatih Quique Setien tampak akan dipecat.

"Presiden (Josep Maria Bartomeu) memanggil mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif, yang akan diadakan pada permulaan minggu depan, mungkin Isnin," menurut laporan akhbar sukan Mundo Deportivo dan laporan sama dari stesen radio, RAC1.

Sumber di kelab berkenaan mengesahkan mesyuarat akan berlangsung pada Isnin tanpa menyatakan masa tetapi RAC1 mendakwa ia akan bermula jam 11 pagi waktu tempatan.

"Jawatankuasa pengurusan akan bermesyuarat esok (Isnin), (jurulatih Quique) Setien akan dipecat dan tarikh akan ditentukan untuk pemilihan presiden," kata akhbar harian Catalan, L'Esportiu.

Pemain pertahanan, Gerard Pique berkata dia mahukan perubahan di Camp Nou namun Bartomeu menyarankannya bersabar selepas kekalahan teruk kepada juara Jerman itu.

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 11:16am
d