arena

Taktikal taruhan Nagelsmann-Tuchel

Oleh AFP

SELEPAS menyingkirkan Jose Mourinho dan Diego Simeone pada Liga Juara-Juara, bos RB Leipzig, Julian Nagelsmann kini berdepan Paris Saint-Germain serta Thomas Tuchel, yang membantu mencetuskan karier kejurulatihannya 12 tahun lalu, pada aksi separuh akhir pagi Rabu ini.

Nagelsmann, 33, adalah jurulatih termuda mara ke kelompok empat terakhir Liga Juara-Juara, menunjukkan reputasinya sebagai pakar taktikal terbaharu Jerman pada penampilan pertama peringkat kalah mati buat Leipzig dalam kejohanan itu.

Nagelsmann menewaskan skuad Simeone, Atletico Madrid 2-1 awal pagi Jumaat lalu selepas kejayaan menyingkirkan pasukan bimbingan Mourinho, Tottenham – yang juga naib juara tahun lalu dengan kemenangan di tempat sendiri dan lawan pada kelompok 16 terakhir.

Menanti mereka ialah PSG yang dibimbing pengendali dari Jerman, Tuchel, tempat Nagelsmann mengambil langkah pertama dalam kejurulatihan bersama pasukan simpanan Augsburg pada 2008 selepas kecederaan lutut memaksanya bersara hanya ketika berusia 20 tahun.

"Sudah tentu saya adalah pemainnya, tapi itu sudah beberapa tahun lama dahulu," kata Nagelsmann, yang bermain di pertahanan tengah ketika remaja.

"Saya kini bekerja setiap hari sama sepertinya."

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 11:47am
d