arena

O'Sullivan jaguh snuker dunia kali ke-6

Oleh Agensi

RONNIE O'Sullivan mengesahkan kejuaraan buat keenam di Kejohanan Dunia dengan kemenangan meyakinkan 18-8 ke atas Kyren Wilson di Sheffield Crucible Theatre.

O'Sullivan menyamai pencapaian Ray Reardon dan hero ketika zaman kanak-kanaknya, Steve Davis dalam mahkota dunia dan mengatasi Stephen Hendry dalam senarai pencapaian terbaik mengikut kemenangan ranking dengan rekod 37 kejuaraan.

Sekalipun Wilson cuba bangkit di kedudukan 10-7, O'Sullivan nyata mempamerkan penguasaan.

O'Sullivan, 44, adalah juara paling tua sejak Reardon, yang berusia 45 tahun pada 1978.

Atlet Inggeris itu merangkul hadiah wang tunai £500,000 (RM2.74 juta), kembali di kedudukan kedua dunia di belakang juara tahun lalu, Judd Trump.

Ia adalah kemenangan dengan margin besar pada final sejak 2008, apabila O'Sullivan menewaskan Ali Carter dengan mata yang sama.

O'Sullivan memberitahu BBC Two: "Saya tidak pernah memikirkan mengenai kejuaraan. Ketika kanak-kanak saya tidak pernah bermimpi akan berada di sini. Untuk berada di sini dan mempunyai semua kenangan dalam kejuaraan adalah impian yang menjadi kenyataan."

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 1:43pm
d