arena

Dingoz MZ sedia takluk PMPL MY/SG 2

Oleh Ferzalfie Fauzi

DINGOZ MZ bersedia untuk memberikan cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain menjelang saingan PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG 2020 musim kedua dengan mengharapkan gandingan terbaik pemain baru.

Menurut pengurus pasukan Nurhidayah Mohd Amin, ini adalah peluang terbaik buat barisan pemainnya membuktikan kehebatan mereka walaupun sedar cabaran bakal dihadapi bukannya mudah.

"Saya berharap gandingan San (Muhammad Nur Ihsan Ismail) dan Bravo (Lokman Hakim Abdul Saddar) menjadi kali ini, sama seperti ketika Ajiji berpadu tenaga bersama Marcell di musim lalu," kata Nurhidayah atau dikenali sebagai Melor.

Selain San, Bravo dan Ajiji, Dingoz MZ juga diperkuatkan dengan berketurunan Siam, Thanuk Pri Cha atau lebih dikenali sebagai Nuk yang beraksi di bahagian 'Support / Carry frager'.

Dingoz MZ adalah organisasi sukan elektronik yang berdaftar atas nama Dingoz Esports.

Pada 2019, Dingoz MZ berjaya menjadi antara 16 kumpulan teratas finalis di peringkat akhir (playoff) untuk PMPL musim pertama Februari lalu.

Mereka dijemput secara automatik (direct invited) ke PMPL MY/SG musim kedua yang akan berlangsung pada Rabu ini.

Sebelum ini Dingoz MZ dibarisi pemain yang terdiri daripada Marcell, Doz Ajiji, Doz Nukk, Doz San dan Kratos.

Untuk PMPL MY/SG musim kedua, Bravo dimasukkan secara langsung menggantikan Marcell, manakala Kratos pula kembali ke kumpulan kedua Dingoz Esports iaitu Dingoz MX.

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 8:11pm
d