arena

Inter Milan pesta gol bedal Shakhtar

Oleh AFP

LAUTARO Martinez dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol ketika membantu Inter Milan mara ke final Eropah kali pertama dalam tempoh 10 tahun selepas membelasah Shakhtar Donetsk 5-0 dalam perlawanan di Dusseldorf, awal pagi tadi.

Danilo D'Ambrosio turut menemui sasaran bagi membolehkan skuad Antonio Conte menentang Sevilla pada final Liga Europa di Cologne, Sabtu ini.

Disiarkan pada: August 18, 2020 @ 6:45am
d