arena

Aksi pembuka tirai Ligue 1 ditangguhkan

Oleh AFP

AKSI pembuka tirai Ligue 1 pada Jumaat ini ditangguhkan selepas tiga lagi individu di Marseille didapati positif Covid-19 menjelang pertemuan dengan Saint-Etienne.

Empat individu di Marseille kini positif Covid-19.

Marseille semalam menyatakan kesemua maklumat sudah pun dimaklumkan kepada LFP, badan yang menguruskan bola sepak profesional di Perancis.

LFP kemudian mengesahkan perlawanan pada Jumaat ini ditangguhkan dan akan dilangsungkan sama ada pada 16 atau 17 September tertakluk kepada situasi di Marseille.

Skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu membatalkan perlawanan persahabatan bertemu Stuttgart pada 14 Ogos lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Satu lagi pasukan Ligue 1, Nimes mengumumkan dua kes baharu di dalam skuad dan kesemua kakitangan diasingkan sementara menanti keputusan ujian Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 18, 2020 @ 8:24pm
    d