arena

Lyles mudah kuasai acara pecut di Hungary

Oleh AFP

JUARA pecut dunia, Noah Lyles mengungguli acara 100 meter dengan catatan 10.05 saat dan menguasai acara 200m sejam kemudian di kejohanan olahraga dekat Hungary, awal pagi ini.

Lyles atlet Amerika Syarikat (AS) yang memenangi pingat emas Kejohanan Dunia dalam acara 200m di Doha tahun lalu, mempamerkan larian bertenaga meninggalkan pelari Britain, Adam Gemili yang melepasi garisan penamat dengan catatan 10.28s dalam kejohanan bahagian dua di Szekesfehervar.

Pelari berusia 23 tahun itu mengangkat tangan kanannya sebagai tanda menyokong gerakan 'Black Lives Matter' sebelum perlumbaan itu sama seperti dilakukan ketika perlumbaan Liga Berlian dekat Monaco, minggu lalu.

Selepas rakan senegara dari AS, Mike Rodgers dibatalkan penyertaan pada permulaan perlumbaan, larian Lyles jauh daripada pencapaian terbaik musim ini 9.86s yang dilakukan oleh seorang lagi pelari AS, Michael Norman bulan lalu.

Selepas 65 minit, Lyles mengesahkan kemenangan dalam acara 200m dengan catatan 20.13s

"Sekarang adalah masa untuk pulang ke rumah dan bersiap sedia untuk tahu depan," kata Lyles.

Disiarkan pada: August 20, 2020 @ 10:56am
d