arena

Zarco jalani pembedahan pergelangan tangan

Oleh AFP

JOHANN Zarco menjalani pembedahan pergelangan tangan kanan awal pagi ini.

Pelumba Perancis itu terbabit dengan kemalangan kontroversi di Grand Prix Austria Ahad lalu yang mana hampir mengancam nyawa juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi.

Zarco mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan bersama pelumba dari Itali, Franco Morbidelli.

Jentera kedua-dua pelumba itu hampir menghentam pelumba Yamaha, Rossi yang memberi kesan kepada legenda Itali itu dan mendakwa dia menggigil seluruh badan dan kejadian itu hampir membunuhnya.

Zarco pelumba Ducati yang akan terlepas perlumbaan Grand Prix Styrian minggu ini di litar Spielberg, dikatakan punca utama berlaku kemalangan itu.

"Saya sangat faham dengan perlumbaan yang kami sertai dan semua orang cuba melakukan yang terbaik untuk berada di depan, tapi kita tidak harus melupakan bahawa sukan ini merbahaya dan keselamatan kita serta lawan kita adalah jauh lebih penting daripada pemburuan tempat," catat Rossi di Instagram.

"Zarco tidak berniat untuk mencetuskan situasi kemalangan itu tetapi ia kekal sebagai antara kesilapan serius dalam penilaian banyak pihak.

Ia menjadi salah satu perkara yang penunggang MotoGP tidak mampu menanggungnya, terutama ketika kelajuan 310 km/j."

Zarco berkata sebelum pembedahan dia berharap dapat kembali di litar semula selepas keputusan mengenai kecergasan untuk perlumbaan minggu ini diputuskan.

Disiarkan pada: August 20, 2020 @ 12:34pm
d