arena

Lopetegui tak gentar

Oleh Agensi

PENGURUS Sevilla, Julen Lopetegui mengakui kekuatan tersendiri Inter Milan menjelang pertembungan final Liga Europa awal pagi Sabtu ini.

"Inter akan memaksa kami untuk bermain permainan luar biasa. Mereka sebuah pasukan yang berada pada tahap tinggi.

"Pasukan yang harus bermain di Liga Juara-Juara yang menamatkan saingan liga Itali hanya satu mata di belakang Juventus dalam Serie A.

"Mereka mempunyai barisan pemain hebat dan jurulatih berpengalaman," kata bekas bos pasukan kebangsaan Sepanyol kepada SFC Radio.

"Kami sudah bersedia berdepan pasukan itu dan kami harus bersedia sepenuhnya. Inter mempunyai corak permainan yang sangat berkarakter, skuad kendalian Conte adalah pasukan yang serba lengkap.

Begitupun, Lopetegui percaya barisan pemain kendaliannya mampu mengimbangi tekanan pihak lawan pada aksi yang dijadualkan berlangsung di RheinEnergieStadion, Jerman gelanggang bagi kelab Bundesliga, FC Koln.

Juara lima kali kejohanan, Sevilla akan menentang juara tiga kali, Inter.

Pemenang bagi saingan itu akan layak bersaingan di Piala Super UEFA dan turut ditempatkan dalam balang utama bagi peringkat undian kumpulan Liga Juara-Juara 2020/21.

Disiarkan pada: August 20, 2020 @ 1:25pm
d