arena

Liverpool layan Leeds aksi pembukaan

Oleh AFP

SELEPAS 16 tahun, Leeds United kembali mewarnai Liga Perdana Inggeris dengan skuad Marcelo Bielsa berkunjung ke Anfield menentang juara bertahan, Liverpool.

Manchester City dan Manchester United pula terlepas aksi pembukaan hujung minggu bagi membolehkan mereka mendapat tempoh rehat mencukupi selepas bergelut di kejohanan Eropah bagi musim 2019/20.

Kedua-dua kelab mendapat pelepasan sekurang-kurangnya 30 hari di antara kedua-dua musim susulan tempoh kempen yang tamat lewat akibat pandemik koronavirus.

City dan United tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan Liga Europa, Ahad lalu tiga minggu selepas tamat musim Liga Perdana.

Chelsea dan Wolves memulakan kempen mereka pada Isnin, 14 September selepas turut terbabit dengan kejohanan Eropah.

Leeds kembali ke liga utama kali pertama sejak 2003/04 tetapi berdepan juara bertahan pada 12 September yang tidak tewas aksi liga di Anfield dalam tempoh lebih tiga tahun.

Tottenham pula menjadi tuan rumah kepada Everton. Arsenal berkunjung ke pasukan baru naik, Fulham dan Chelsea bertandang ke Brighton pada aksi pembukaan hujung minggu.

City dan Liverpool dijadualkan berentap pada 7 November di Etihad dan 6 Februari di Anfield.

Skuad Jurgen Klopp tidak akan menentang musuh tradisi, Manchester United sehingga 2021 dengan Red Devils berkunjung ke Anfield pada 16 Januari dan Liverpool ke Old Trafford pada 1 Mei.

Disiarkan pada: August 20, 2020 @ 9:50pm
d