arena

Vieira resah Covid-19 serang Ligue 1

Oleh AFP

JURULATIH Nice, Patrick Vieira berkata beliau bimbang mengenai impak membabitkan dua kes Covid-19 menjelang permulaan musim baru Liga Perancis hujung minggu ini.

Beberapa kelab Ligue 1 melaporkan terdapat kes positif dalam beberapa hari sebelum ini dan Nice mengumumkan semalam bahawa dua pemain mereka tidak dibenarkan menyertai latihan serta dikuarantin selepas dijangkiti virus berkenaan.

"Saya dapat merasakan seluruh skuad bimbang mengenai perkara ini. Saya juga begitu, terutama menjelang aksi menentang Lens Ahad ini dan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ia merumitkan segala perancangan. Kita semua harus bertahan dan mempunyai rasa tanggungjawab di rumah," kata Vieira.

Lens masih lagi menunggu keputusan lain selepas pertahanan mereka Jonathan Clauss disahkan positif awal minggu ini.

"Saya berharap kami dapat bermain. Jika kita bermula dengan perlawanan ditangguhkan pada minggu pertama, kita tidak akan selesaikan saingan ini.

"Saya rasa kita harus beraksi sebanyak mungkin apabila ia dibenarkan jika tidak kita akan menamatkan saingan musim ini pada 2023," kata jurulatih Lens, Franck Haise.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 21, 2020 @ 10:29pm
    d