arena

Holyfield kerja keras, macam orang muda [VIDEO]

Oleh Agensi

EVANDER Holyfield kelihatan memiliki bentuk badan menarik pada usia 57 tahun ketika legenda tinju itu menjalani latihan keras.

Lebih sembilan tahun daripada aksi pertarungan terakhirnya, petinju veteran Amerika itu dijangka kembali semula ke gelanggang dengan perlawanan bertujuan melakukan kebajikan.

Holyfield tampak bersungguh-sungguh mempersiapkan dirinya menjelang pertarungan berkenaan.

Sesi latihan dikongsi menerusi Instagram menunjukkan latihan gigih petinju itu.

Ikon tinju yang dua kali menewaskan Mike Tyson ketika kemuncak kerjayanya - kelihatan masih memiliki bentuk badan menarik bagi menghadirkan gerun buat lawannya.

Holyfield mengakui dia merasakan seperti kembali semula pada bentuk badan terbaiknya sekalipun usia semakin menginjak 60 tahun.

Video bersama keterangan : "Terasa seperti lebih kuat daripada sebelumnya."

Rakaman video berkenaan hadir sehari selepas memuat naik video awal di mana Holyfield mencetuskan kebimbangan daripada peminat mengenai kepantasan gerakan tangannya.

Disiarkan pada: August 22, 2020 @ 1:45pm
d