arena

Marquez berehat panjang

Oleh AFP

PENYANDANG juara MotoGP, Marc Marquez terpaksa berehat untuk tempoh dua atau tiga bulan selepas mengalami keretakan di bahagian tangan kanan ketika aksi pembukaan musim Julai lalu.

Perkara itu disahkan pasukannya, Honda melalui satu kenyataan hari ini.

"Objektif buat kedua-dua Marquez dan Repsol Honda adalah untuk kembali ke saingan Juara Dunia itupun selepas tangan Marc betul-betul sembuh," jelas pasukan berkenaan dalam satu kenyataan.

Marquez, 27, berjaya meraih kejuaraan keseluruhan MotoGP sebanyak enam kali.

Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 12:06am
d