arena

Sophia teraju Terbuka Wanita AIG

Oleh Agensi

PEMAIN nombor 304 dunia, Sophia Popov mendahului dengan tiga pukulan menuju ke pusingan akhir Terbuka Wanita AIG di Royal Troon.

Sophia, 27, tidak pernah memenangi kejohanan major tetapi melakukan eagle dan dua birdie dalam empat di bawah 67 untuk mendahului selesa ke atas Minjee Lee dan Thidapa Suwannapura.

Pendahulu lewat malam tadi, Daniela Holmqvist, satu-satunya pemain mencatat di bawah par selepas hari di ganggu dengan ribut dan hujan semalam, menyebabkan dia sukar bersaing.

Pendahulu dari Britain adalah Mel Reid dan Jodi Ewart Shadoff.

Mel, 32, melakukan tiga di bawah 68 dalam satu lagi hari catatan mata sukar untuk berkongsi ke-26 sementara Jodi pula ketinggalan di belakang.

Pemain New Zealand, Lydia Ko, yang juga juara major dua kali, meneruskan penyertaan semulanya dengan aksi baik menduduki tempat keenam di belakang Sophia dan kekal bersaing dengan peluang mencipta kejayaan.

Pada 2015, di usia 17 tahun, Lydia melakukan lima pukulan mendahului ketika baki enam lubang untuk dilengkapkan pada Marathon Classic - dia menjadi pemain muda nombor satu dunia tetapi tidak memenangi kejuaraan sejak Kejohanan Mediheal 2018.

Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 1:35pm
d