arena

Oliveira potong 'tang kona'

Oleh AFP

MIGUEL Oliveira memintas Pol Espargaro dan Jack Miller di selekoh terakhir Grand Prix (GP) Styria untuk meraih kejuaraan MotoGP sulung buat Portugal dan pasukan Tech-3.

Dalam perlumbaan yang dipendekkan kepada 12 pusingan akibat kemalangan, Espargaro dari KTM mendahului pusingan terakhir namun dipintas oleh Miller, pelumba Ducati-Pramac.

Ketika kedua-dua sedang bersaing di selekoh terakhir, Oliveira berjaya menggunakan ruang dari bahagian dalam untuk memintas Espargaro dan Miller sekali gus meraih kejuaraan.

Miller menduduki tempat kedua dan Espargaro hanya berpuas hati di tempat ketiga.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas SRT Yamaha menduduki tempat ke-13 namun masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan.

Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 9:40pm
d