arena

Jurulatih Bologna positif Covid-19

Oleh AFP

JURULATIH Bologna, Sinisa Mihajlovic, yang sedang melalui rawatan leukemia sejak tahun lalu, diuji positif Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin.

Perkara itu disahkan oleh kelab Serie A berkenaan dalam laman web dan mengakui jurulatih kelahiran Serbia berkenaan tidak menunjukkan simptom.

"Apabila beliau kembali ke Bologna, beliau melakukan ujian Covid-19 dan mendapat keputusan positif," jelas kelab berkenaan.

Bologna dijadualkan memulakan latihan pramusim esok, namun protokol bola sepak Itali akan menyebabkan jurulatih berusia 51 tahun perlu menjalani pengasingan selama dua minggu.

Kesemua skuad dan staf perlu menjalani ujian esok.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 23, 2020 @ 11:47pm
    d