arena

England dihimpit krisis Covid-19

Oleh Agensi

SKUAD Liga Negara, England dihimpit krisis Covid-19 ketika Raheem Sterling dan Harry Maguire mula dilanda kebimbangan mengenai dijangkiti virus pandemik itu.

Sterling menyertai majlis keraian di Jamaica bersama Usain Bolt sehari sebelum legenda Olimpik itu didakwa positif virus berkenaan.

Dan kebimbangan itu turut tercetus terhadap Maguire yang tampil di mahkamah Greece bagi mengikuti kes penahanannya atas tuduhan berkaitan pertelingkahannya dengan anggota polis ketika bercuti di Mykonos.

Bos England, Gareth Southgate dijangka menyenaraikan Sterling hari ini dalam skuadnya bagi perlawanan Liga Negara berdepan Iceland pada 5 September dan Denmark tiga hari kemudian.

Tetapi penyerang Manchester City harus menjalani ujian Covid-19 sebelum menyertai pasukan.

Sumber berkata : "Beberapa masalah berturut-turut itu membuatkan Gareth pening kepala."

Skuad 25 pemain dijangka dikumpulkan pada Ahad dan Isnin ini.

Beberapa keping gambar kelihatan Sterling berada di jamuan hari lahir ke-34 Bolt pada Jumaat lalu.

Sumber berkata : "Sterling dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan simptom."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 25, 2020 @ 2:07pm
    d