arena

Messi tidak datang latihan

Oleh AFP

LIONEL Messi tidak memberitahu barisan kejurulatihan Barcelona bahawa dia enggan turun berlatih hari ini, jelas pengarah sukan kelab berkenaan yang baru dilantik, Ramon Planes.

Messi semalam memberitahu Barca bahawa dia mahu meninggalkan kelab berkenaan selepas 20 musim mengabdikan dirinya di situ sejak berusia 13 tahun.

"Messi tidak memberitahu kami dia tidak akan datang ke latihan. Bagaimanapun, sebarang perbincangan akan tetap berlaku antara kedua-dua belah pihak dan kami menghormati perkara ini dengan tidak memberi sebarang komen mengenai apa yang sedang diperkatakannya kerana kami sedang berusaha untuk berbincang," kata Planes.

Planes memegang jawatan berkenaan menggantikan Eric Abidal, yang dipecat sehari selepas pengurus, Quique Seties apabila mereka mencatat kekalahan memalukan 2-8 di suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.

Ia menyebabkan Barca tidak memenangi sebarang trofi buat kali pertama sejak 2007.

Planes menegaskan, iaitu reaksi rasmi kali pertama daripada kelab selepas pemain Argentina itu meminta untuk dilepaskan, bahawa berita paling penting ialah Messi masih pemain Barca.

"Apa yang kami fikirkan dan kami perkatakan beberapa kali, ialah kami melihat Messi adalah sebagai pemain Barca.

"Hari ini Trincao sudah tiba dan kami berharap dia mampu membentuk gandingan mantap bersama Messi," katanya.

Disiarkan pada: August 26, 2020 @ 9:09pm
d