arena

City pilihan terbaik buat Messi

Oleh Agensi

LEGENDA Barcelona, Rivaldo menggesa Lionel Messi menyertai Manchester City.

Bekas bintang Brazil, Rivaldo berkata, menyedihkan apabila Messi mahu meninggalkan Barcelona tetapi yakin pemain itu paling sesuai dengan bola sepak Inggeris di bawah kendalian Pep Guardiola.

Rivaldo berkata: ''Manchester City pilihan terbaik Messi selepas ini. Dia berusia 33 tahun tetapi kualiti dan bakatnya tidak dipertikaikan dan saya fikir dia ada beberapa tahun lagi di kemuncak. Dia mungkin dapat menyinar dengan pantas di England.

''Guardiola lebih tahu kemampuan Messi dan mencari jalan menyesuaikan dia dengan pasukan dan mendapatkan yang terbaik daripadanya.

''Saya membayangkan Guardiola membina pasukannya di samping Messi. Bakatnya boleh mencipta perbezaan di semua tempat dan pada bila-bila masa.

''Saya yakin dia mampu menghasilkan kemenangan di Liga Perdana.''

Barcelona pula bergelut mengekalkan Messi tetapi pada masa sama tindakan itu semakin mengecewakan bintang Argentina itu.

Rivaldo berkata: ''Cukup sedih melihatkan Lionel Messi, pemain terbaik Barcelona cuba menggunakan klausa pembebasan untuk meninggalkan kelab tetapi kita perlu mendengar cerita kedua-dua pihak dan cuba memahami apa yang berlaku.

''Cara penyelesaian terbaik ialah adanya perjanjian di antara kedua-dua pihak dan saya yakin mereka akan mencapai penyelesaian dalam masa beberapa hari lagi.''

Disiarkan pada: August 27, 2020 @ 1:13pm
d