arena

Ibrahimovic semusim lagi di Milan

Oleh AFP

ZLATAN Ibrahimovic akan kekal di AC Milan musim depan selepas mencapai persetujuan mengenai perjanjian baharu yang dilaporkan bernilai 7 juta Euro (RM34.7 juta) tanpa bonus lain, menurut beberapa laporan di Itali.

Ibrahimovic yang berusia 39 tahun pada Oktober ini, memuat naik gambarnya di sosial media memakai jersi AC Milan dengan nombor 21, sambil melapangkan tangan : "Seperti saya katakan, saya hanya memanaskan badan".

Penyerang Sweden turut memuat naik gambarnya sedang berehat dengan keterangan "Tenang sebelum kembali mengamuk."

Ibrahimovic menyertai semula Milan pada Januari lalu dengan kontrak enam bulan selepas meninggalkan Los Angeles Galaxy menerusi perjanjian bernilai 3.5 juta Euro (RM17.3 juta) dengan pilihan tambahan untuk semusim lagi.

Bekas bintang Manchester United, Paris Saint-Germain dan Barcelona memberikan impak besar dalam pasukan selepas menjaringkan 11 gol dalam 20 perlawanan.

Disiarkan pada: August 28, 2020 @ 8:48pm
d