arena

Leeds sambar Rodrigo

Oleh AFP

LEEDS United mengumumkan semalam mereka sudah menandatangani pemain antarabangsa Sepanyol Rodrigo dari Valencia sekali gus mencatat rekod perpindahan pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Penyerang itu menandatangani kontrak empat tahun di Elland Road dan Leeds dilaporkan membayar sekitar £30 juta (RM166.84 juta).

Pemain berusia 29 tahun itu teruja menyertai kelab berkenaan dan tidak sabar bekerjasama dengan Marcelo Bielsa, yang digambarkan sebagai seorang daripada jurulatih terbaik dalam bola sepak.

"Ia langkah baharu dalam karier saya dan saya mahu membantu pasukan mencapai sasaran musim depan," katanya di akaun Twitter kelab.

"Leeds berusaha selama dua minggu bagi mencapai persetujuan dengan Valencia – kami tahu Valencia ada sedikit masalah kerana kami tidak berjaya ke Liga Juara-Juara.

"Sejak kali pertama Victor (Orta, pengarah bola sepak) bercakap kepada saya, saya tahu saya mahukan cabaran baharu bersama Leeds."

Rodrigo, yang boleh beraksi di bahagian sayap atau penyerang menghabiskan karier remaja di Celta Vigo dan Real Madrid sebagai pemain sebelum berhijrah ke Benfica.

Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 8:49am
d