arena

Messi tak muncul

Oleh AFP

LIONEL Messi tidak kelihatan berada di pusat latihan Barcelona untuk menjalani ujian Covid-19 pagi ini sekali gus menguatkan dakwaan kemungkinan dia memulaukan sesi latihan pra musim dalam usahanya meminta keluar dari perancangan kelab itu.

Pengendali baharu Barca, Ronald Koeman dan pemain utama memasuki pintu utama Ciutat Esportiva tetapi kelibat Messi tidak kelihatan antara mereka menurut wartawan AFP di Sant Joan Despi.

Messi sepatutnya menjalani ujian pada 10.15 pagi waktu Sepanyol menurut laporan media negara itu. Tetapi dia sudah mengarahkan kelab berkenaan menerusi wakil peguamnya bahawa dia tidak akan turut serta.

Tanpa melepasi ujian Covid-19, Messi tidak boleh menghadiri sesi latihan pra musim pertama kendalian Koeman esok.

Ketika musim baharu La Liga bakal bermula tidak kurang dari dua minggu lagi.

Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 8:06pm
d