arena

Bravo pulang ke La Liga

Oleh AFP

BEKAS penjaga gol Manchester City, Claudio Bravo menandatangani kontrak sathu tahun bersama Real Betis di Sepanyol selepas perkara itu diumumkan oleh kelab La Liga berkenaan.

Ia adalah buat kali ketiga pemain berasal dari Chile itu akan beraksi bersama kelab Sepanyol apabila sebelum ini dia bersama Real Sociedad selama lapan tahun dan dua musim dengan Barcelona.

Pemain berusia 37 tahun itu menyertai Man City pada 2016 dan beraksi dengan skuad yang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali.

Betis menamatkan saingan dengan kelebihan lima mata di depan zon penyingkiran musim lalu dengan mencatatkan rekod kedua paling buruk dari segi melepaskan jaringan.

Mereka melepaskan 60 gol dalam 38 perlawanan, hanya dibezakan sebanyak 65 gol dilepaskan oleh pasukan yang tersingkir, Real Mallorca.

Disiarkan pada: August 31, 2020 @ 12:49pm
d