arena

David Silva positif Covid-19

Oleh AFP

BEKAS pemain tengah Manchester City, David Silva diuji positif Covid-19, selepas perkara itu diumumkan oleh kelab barunya, Real Sociedad.

Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Sociedad melalui perpindahan secara percuma awal bulan ini namun kembali ke negara kelahirannya dengan ujian Covid-19 yang dilakukan sebaik tiba di San Sebastian menunjukkan tanda positif.

Kelab La Liga itu berkata, ia adalah ujian kali kedua yang dilakukan oleh Silva dalam tempoh 72 jam sejak tiba di Sepanyol, tatkala ujian pertama negatif.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu yang membantu negaranya muncul juara Piala Dunia dan Euro, meninggalkan Man City selepas kontraknya tamat sebelum menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Sociedad.

Dia sekarang ini sedang melakukan pengasingan diri dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

Rakan sepasukan Silva, Mikel Oyarzabal juga dijangkiti virus berkenaan dan digantikan dalam skuad Sepanyol bimbingan Luis Enrique dengan penyerang Villarreal, Gerard Moreno.

Sepanyol akan menentang Jerman dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA di Stuttgart Jumaat ini, sebelum mereka menjadi tuan rumah tiga hari kemudian untuk menanti kunjungan Ukraine.

Kempen La Liga 2020/21 pula akan bermula 12 September ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 1, 2020 @ 11:13am
    d