arena

Kami tidak berminat dengan Messi - Inter

Oleh AFP

INTER Milan tiada perancangan untuk cuba dan menandatangani Lionel Messi tatkala mereka tidak mempunyai dana bagi membawa masuk pemenang Anugerah Ballon d'Or enam kali itu.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya berita seperti itu," kata Pengarah Sukan Inter, Piero Ausilio kepada Sky Sport Italia.

Naib juara Serie A itu dikaitkan dengan perpindahan Messi bersama Manchester City dan Paris Saint-Germain jika dia meninggalkan Barcelona.

"Tidak ada jurulatih, tidak ada presiden tidak mahukan Messi dalam pasukan mereka. Bagaimanapun, realitinya memang sangat berbeza. Realiti kami adalah kekangan dana dalam pasaran perpindahan pemain," katanya.

Ausilio berkata, mereka sekarang ini dalam perbincangan bersama AS Roma untuk mendapatkan pertahanan Serbia, Aleksandar Kolarov, manakala Lautaro Martinez akan terus kekal bersama mereka walaupun Barcelona berminat mendapatkan pemain itu.

Disiarkan pada: September 2, 2020 @ 12:40pm
d