arena

'Messi sukar kekal di Barcelona' - bapa

Oleh Agensi

BAPA dan ejen Lionel Messi, Jorge mengakui sukar untuk bintang bola sepak dunia itu kekal di Barcelona.

Jorge menaiki jet ke Barcelona dari Argentina untuk membincangkan mengenai masa depan anaknya itu.

Messi, 33, minggu lalu mengejutkan bos Barca selepas memohon untuk berhijrah dan meninggalkan kelab itu selepas 16 musim.

Ketika dia memasuki pejabat kelab, Jorge memberitahu kepada El Chiringuito TV bahawa kemungkinan besar anaknya akan meninggalkan kelab itu.

Messi kini terperangkap dalam perselisihan dengan gergasi Sepanyol itu selepas mendakwa bahawa klausa pelepasan dalam kontrak membolehkannya meninggalkan pasukan tanpa sebarang masalah.

Pegawai di Nou Camp bagaimanapun percaya syarat itu berakhir 10 Jun lalu dengan bintang Argentina itu masih memiliki kontrak hingga musim panas 2021.

LaLiga menyokong pasukan gergasi Catalan itu dengan menegaskan klausa pembelian 700 juta euro (RM3.4 bilion) Messi masih sah.

Disiarkan pada: September 2, 2020 @ 9:33pm
d