arena

Castagne sertai Leicester

Oleh AFP

LEICESTER menandatangani pemain pertahanan antarabangsa Belgium, Timothy Castagne dari Atalanta hari ini dengan nilai dilaporkan sekitar £21.5 juta (RM118.4 juta).

Castagne, 24, memiliki tujuh kap penampilan bersama Belgium dan mampu beraksi di posisi pertahanan kiri dan kanan.

Dia beraksi 33 kali buat Atalanta musim lalu ketika kelab yang berpangkalan di Bergamo itu menamatkan saingan Serie A di tempat ketiga dalam tempoh dua tahun berturut-turut dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Castagne adalah pemain yang bakal menggantikan tempat ditinggalkan Ben Chilwell iaitu pemain kelab Inggeris berkenaan yang dijual kepada Chelsea sekitar £50 juta (RM275.3 juta).

Dia juga bakal menyertai rakan sepasukan skuad kebangsaan Belgium, Youri Tielemans dan Dennis Praet di Stadium King Power.

Disiarkan pada: September 4, 2020 @ 11:13am
d