arena

Djokovic tak tercabar

Oleh Agensi

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke saingan 16 terakhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mencatat kemenangan mudah ke atas Jan-Lennard Struff.

Bintang berusia 33 tahun dari Serbia itu menewaskan pilihan ke-28 dari Jerman itu 6-3 6-3 6-1 pada pusingan ketiga di Stadium Arthur Ashe.

Djokovic yang sedang memburu gelaran Grand Slam ke-18, masih mengekalkan rekod tanpa kalah pada tahun ini dan kini melebarkan rekod kepada 26 kemenangan berturut-turut.

Dia akan beraksi bertemu pilihan ke-20, Pablo Carreno Busta pada pusingan seterusnya di New York.

"Ia adalah prestasi yang sangat baik dan saya berjaya membaca servis lawan dengan baik.

"Saya berasa selesa beraksi di atas gelanggang terutama di set kedua dan ketiga," kata Djokovic.

Dia mudah menewaskan Struff pada Terbuka Western and Southern Open minggu lalu yang turut berlangsung di Flushing Meadows.

Struff dilihat lebih kompetitif pada dua set terakhir namun tidak mempunyai jawapan untuk mematahkan langkah Djokovic yang mempunyai kekuatan dan kepantasan dalam setiap pergerakannya.

Disiarkan pada: September 5, 2020 @ 11:22am
d