arena

Pogacar ungguli peringkat kesembilan TdF

Oleh AFP

TADEJ Pogacar mengatasi rakan senegara dari Slovenia, Primoz Roglic dalam pecutan ke garisan penamat di Laruns dekat penghujung pendakian peringkat kesembilan saingan lumba basikal Tour de France (TdF).

Tempat kedua sudah memadai untuk memberikan Roglic jersi kuning selepas pelumba Britain, Adam Yates gagal bersaing mengekori kumpulan kecil yang melakukan breakaway di penghujung perlumbaan sejauh 153km dari Pau.

Pelumba Switzerland, Marc Hirschi, yang mempamerkan kayuhan bertenaga berada di tempat ketiga.

Disiarkan pada: September 6, 2020 @ 11:25pm
d