arena

Status Kejohanan AFC B-19 diketahui Khamis ini

Oleh Syazwan Msar

KHAMIS ini detik penentuan sama ada kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 19 tahun (B-19) batal atau diteruskan seperti biasa sekali gus menjawab segala teka teki berkaitan status penganjurannya susulan penularan pandemik Covid-19.

Menurut sumber, berdasarkan perbincangan AFC bersama ahli gabungan hari ini, rata-rata daripada mereka mahu membatalkan kejohanan berkenaan atas faktor keselamatan. ''Kebanyakan ahli gabungan dikatakan agak 'berat' untuk menghantar pasukan malah ada antaranya kemungkinan menarik diri daripada menyertai kejohanan itu,'' katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John ketika dihubungi memaklumkan Khamis ini akan diadakan perbincangan bersama exco AFC sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan media.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan kemungkinan kejohanan itu dibatalkan atas faktor keselamatan.

Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) AFC tidak menolak situasi sama turut berlaku pada tahun depan dengan banyak penganjuran perlawanan bola sepak tidak dapat dilaksanakan berikutan ketika ini pandemik Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan tanda penurunan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 8, 2020 @ 9:36pm
    d