arena

Semenya masih belum boleh beraksi

Oleh AFP

JUARA berganda Olimpik 800 meter dari Afrika Selatan, Caster Semenya tidak dibenarkan beraksi sehingga dia terima untuk dirawat dengan ubat penekan hormon, jelas peringkat Mahkamah Tinggi Switzerland.

Mahkamah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Semenya dan badan induk olahraga negaranya terhadap keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengenai peraturan kelayakan untuk perbezaan atlet perkembangan seksual (DSD).

"CAS mempunyai hak untuk menegakkan syarat penyertaan yang dikeluarkan untuk atlet wanita dengan varian genetik '46 XY DSD' untuk menjamin persaingan yang adil bagi acara tertentu dalam olahraga wanita," kata pengadilan Swiss," jelas Mahkamah Tinggi Switzerland.

Persekutuan Olahraga Dunia (WA) menggantung Semenya dan atlet DSD yang lain dari mengambil bahagian dalam acara 400 meter ke atas kecuali mereka mengambil ubat pengurangan testosteron.

Semenya tergolong dalam kategori wanita, dibesarkan sebagai seorang wanita dan berlumba dalam kategori wanita.

Bagaimanapun, bagi WA, wanita seperti Semenya, dengan sifat maskulin tertentu disebabkan DSD, dikategorikan sebagai lelaki.

Menjelang Kejohanan Dunia 2009 di Berlin, di mana Semenya ketika itu berusia 18 tahun dan memenagi emas 800m, Afrika Selatan terpaksa menjalani ujian pengesahan jantina untuk membolehkan dia beraksi dalam kategori wanita.

Dia kemudiannya diberikan ubat untuk mengurangkan kadar testosteron, yang meyaksikan dia tidak dibenarkan mengambil bahagian selama enam bulan oleh WA.

Disiarkan pada: September 9, 2020 @ 1:46pm
d