arena

Koepka tarik diri Terbuka AS

Oleh AFP

JUARA dua kali Terbuka Amerika Syarikat (AS), Brooks Koepka berkata, dia menarik diri daripada Terbuka AS di Winged Foot minggu depan selepas masih bergelut dengan kecederaan.

Koepka meraih gelaran utama pertamanya di Terbuka AS 2017 di Erin Hills dan mempertahankan kejuaraan pada 2018 di Shinnecock, pemain pertama melakukannya sejak Curtis Strange pada 1988 dan 1989.

"Malangnya, saya saya tidak dapat menyertai Terbuka AS minggu depan,'' kata Koepka dalam Twitter. "Saya mahu lebih sihat dan cergas untuk bertanding pada tahap 100% secepat mungkin."

Koepka yang muncul naib juara di belakang Gary Woodland tahun lalu turut menjuarai Kejohanan PGA 2018 dan 2019 tetapi berkongsi kedudukan ke-29 pada PGA bulan lalu di TPC Harding Park di San Francisco.

Koepka mengalami kecederaan lutut kiri pada awal 2019 dan mengalaminya sekali lagi tahun lalu di Korea Selatan. Dia tidak beraksi selama lima bulan dan terlepas cut atau menarik diri tiga daripada lima permulaan sebelum sukan golf dihentikan pada Mac lalu angkara Covid-19.

Dia muncul naib juara di WGC St Jude Invitational bulan lalu tetapi seminggu selepas itu terpaksa mendapatkan rawatan di bahagian pangkal paha ketika pusingan kedua PGA.

Disiarkan pada: September 10, 2020 @ 11:45am
d