arena

West Brom bangga dapat CR7

Oleh Agensi

WEST Brom gembira apabila berjaya mendapatkan pemain dihajati mereka, tetapi ia bukan Cristiano Ronaldo.

Walaupun kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana itu meraikan kehadiran CR7, penjaring gol ke-101 Portugal itu tidak akan tampil di Hawthorns musim ini.

Sebaliknya, West Brom meraikan kejayaan mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Republik Ireland, Callum Robinson yang akan memakai jersi nombor tujuh.

Robinson menghabiskan tempoh babak kedua musim lalu dengan beraksi secara pinjaman bersama Baggies dan membantu pasukan menduduki tangga kedua Championship.

Dia kini menyertai mereka secara kekal dari Sheffield United dengan sayap Scotland, Oli Burke berpindah sebaliknya.

Burke menyinar bersama Nottingham Forest dan menarik minat RB Leipzig memilikinya pada 2016 tetapi gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama malah terus bergelut walaupun berpindah ke West Brom setahun selepas itu.

Disiarkan pada: September 10, 2020 @ 12:59pm
d