arena

Foster 'gila' berbasikal

Oleh Agensi

PENJAGA gol Watford, Ben Foster mendedahkan keinginannya untuk melakukan pelbagai aktiviti berbasikal selepas bersara dari bola sepak.

Foster, 37, sedang melakukan persiapan untuk musim ke-19 sebagai pemain profesional dan dia berharap dapat membantu pasukan Hornets kembali bersaing di Liga Perdana selepas tersingkir.

Dalam satu temubual bersama Guardian, Foster berkata dia menyenaraikan banyak perkara yang mahu dilakukan bersama basikal apabila bersara dari bola sepak nanti.

"Saya mahu melakukan pelbagai aktiviti berbasikal selepas bermain bola sepak. Saya akan memberi perhatian dalam dua musim ini dan terlalu banyak perkara saya mahu lakukan dengan basikal berada dalam senarai serta memenuhi impian mengharungi beberapa laluan pendakian menarik.

"Alps, semua yang cukup terkenal - Vuelta (Sepanyol) Giro (Itali) - termasuk beberapa lagi antara laluan yang paling sukar." katanya.

Disiarkan pada: September 10, 2020 @ 10:15pm
d