arena

Khabib anjur kejohanan MMA, ingatan untuk bapa

Oleh Agensi

KHABIB Nurmagomedov menganjurkan kejohanan tahunan MMA bagi memperingati bapa tersayang yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Atlet seni bela diri campuran berusia 31 tahun itu kesedihan pada Julai lalu selepas bapa dan juga mentornya, Abdulmanap meninggal dunia pada usia 57 tahun.

Juara lightweight UFC itu mengumumkan dia akan menganjurkan kejohanan MMA di Russia setiap tahun.

Khabib memberitahu kepada Match TV: "Kejohanan akan dianjurkan setiap tahun, kami sudah merancangnya. Hanya tarikh akan bertukar. Jadi setiap tahun di hujung musim panas atau awal musim kami akan menganjurkan acara ini setiap tahun.

Kejohanan anjuran Khabib bermula pada Rabu lalu di Irina Viner-Usmanova Gymnastics Palace dekat Moscow.

Fight Nights Global (GFC) promoter bersama acara itu menampilkan pertarungan tumpuan membabitkan Vladimir Mineev dan Dauren Ermekov bersaing bagi perebutan kejuaraan middleweight. Dengan pertarungan itu dimenangi Mineev pada pusingan ketiga.

Khabib pula dijadualkan berdepan Justin Gaethje, 31, pada 24 Oktober ini.

Disiarkan pada: September 11, 2020 @ 9:41pm
d